Tarikh   : 18 November 2022

 

Masa    : 8.00 – 12.00 tengah hari

 

Lokasi  : PEDi Merapok dan Dewan Kampung Bangkatan

 

Peserta : 276 orang

 

 

Tujuan

Mempromosikan dan memperkenal PEDi Merapok kepada komuniti luar Merapok. Menarik minat komuniti meyertai aktiviti dan program anjuran PEDi. Memperkenalkan dan mengetengahkan keunikan dan kreativiti komuniti Merapok. Mengetengahkan usahawan PEDi dan membantu usahawan mempromosi produk.

 

Aktiviti

PEDi Merapok mendapat makluman daripada pihak MCMC Miri untuk mengadakan Hari Bersama Komuniti pada 8 November 2022 dan mula membuat persediaan. Persiapan dibantu oleh semua PEDi Daerah Lawas, pihak TM Sarawak dan Sabah, MSD Region Sarawak dan Sabah, serta MCMC Sarawak.