Tarikh : 18 Jun 2023

 

Masa   : 10 – 12 petang

 

Lokasi : PEDi Merapok

 

Peserta : 3 orang

 

 

Tujuan

Memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada pelajar STPM untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.

 

Aktiviti

Petugas memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelajar STPM tentang cara mencari sumber rujukan dan maklumat yang sahih melalui laman web internet. Pelajar dinasihatkan supaya tidak mengambil rujukan dari mana-mana blog atau artikel dari media sosial kerana dikhuatiri kandungannya yang tidak sahih. Petugas menyarankan pelajar agar menggunakan aplikasi Google Scholar dan memberitahu pelajar cara mengenal pasti laman web yang boleh dipercayai. Sebagai contoh, laman web yang berakhir dengan .edu atau .gov biasanya cukup boleh dipercayai.

 

 

WhatsApp-Image-2023-06-23-at-9.23.25-AM