Tarikh : 25 Julai 2024

 

Masa   : 1.00 petang – 4.00 petang

 

Lokasi : NADI Merapok

 

Peserta : 12 Orang

 

 

Tujuan

Untuk memberi pendedahan dan pengenalan teknologi digital kepada warga emas melalui penerapan penggunaan digital dalam aktiviti kelas PLF. Peserta dapat memanfaatkan teknologi digital dengan lebih baik agar mereka tidak ketinggalan dalam arus permodenan pada masa kini. Selain itu, taklimat mengenai keselamatan siber juga diadakan untuk memberi pendidikan mengenai cara melindungi diri dalam talian, mengenali penipuan siber, dan menjaga privasi.

 

Aktiviti

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan mukadimah oleh pendidik kelas PLF. Aktiviti diteruskan dengan taklimat keselamatan siber oleh petugas NADI. Seterusnya, sesi pembelajaran mengenal huruf, menyusun perkataan dan aktiviti mewarna secara interaktif menggunakan platform digital seperti “WordWall” dan “Oncolouring”. Aktiviti ditutup dengan penyerahan sijil dan cenderahati oleh kedua-dua pihak dan sesi jamuan minum petang.

 

 

Gambar disini