Tajuk utama bagi Klik Dengan Bijak yang dipilih bagi bulan September adalah Viral memandangkan isu viral merupakan antara isu yang hangat pada masa ini. Kelas Klik Dengan Bijak telah dijalankan sebanyak empat sesi pada bulan ini. Sesi pertama adalah pada 15 September 2017, 17 September yang terbahagi kepada sesi pagi dan sesi petang dan sesi ke empat adalah pada 23 Sepetember.

     Peserta telah didedahkan tentang definisi viral, tindakan yang perlu dilakukan apabila menerima sebarang maklumat yang diviralkan seperti memeriksa kandungan maklumat terlebih dahulu, mengenalpasti sumber, mengenalpasti latar belakang maklumat dan penyebar maklumat, dan sebagainya.

     Selain itu, peserta turut didedahkan berkenaan cara menggunakan portal www.sebenarnya.my. Melalui kelas tersebut, peserta dapat mengetahui dengan lebih baik tindakan yang lebih wajar dilakukan apabila menerima sebarang maklumat yang ditularkan. Melalui pendedahan kepada portal www.sebenarnya.my, peserta dapat mempelajari cara untuk mengenalpasti sesuatu berita yang diviralkan dengan menggunakan platform yang betul dan tidak terus mempercayai sebarang maklumat yang ditularkan.