Pada 16 September yang lalu, PI1M Merapok dan PI1M Kampung Banting telah dijemput untuk membuka booth Sempena Program Semarak Gemilang Blok Merapok AIM Cawangan Lawas tahun 2017. Program ini merupakan anjuran Amanah Ikhtiar Malaysia cawangan Merapok yang telah berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Dewan Patarikan, Merapok.

      PI1M Merapok dan PI1M Kampung Banting telah bekerjasama membuka booth sempena program tersebut yang bertujuan untuk mempromosikan PI1M  dalam kalangan ahli atau sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia(AIM) sekaligus turut serta dalam beberapa acara yang dianjurkan oleh AIM. Penyertaan PI1M dalam program ini diharap dapat merapatkan lagi hubungan antara dua agensi terutamanya antara petugas PI1M dan sahabat-sahabat AIM.

    PI1M turut mengambil peluang untuk membuka pendaftaran dan 10 pendaftar terawal telah diberikan cenderahati terdiri daripada goodies Dashboard Komuniti. Sambutan daripada sahabat-sahabat AIM amat menggalakkan dan kami telah mendapat respon yang menggalakkan daripada komuniti setempat.