Tarikh  : 29 hingga 30 November 2017

Masa   : 29 November (12.00 hingga 5.00 petang) 30 November ( 8.00 hingga 1.00 petang)

Lokasi  : PI1M Merapok, Dewan Kampung Bangkatan Merapok, Padang SK Merapok

 

 

Tujuan

 

Hari terbuka ini diadakan bagi memperkenalkan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di PI1M Merapok kepada komuniti setempat selain menarik lebih ramai komuniti menjadi ahli dan terlibat dalam aktiviti anjuran PI1M. Disamping itu, program ini juga dijalankan bagi merapatkan hubungan dan membina hubungan baik antara petugas dan komuniti.

 

Aktiviti

 

Pelbagai aktiviti indoor dan outdoor telah dijalankan sepanjang dua hari program berlangsung dan mendapat sambutan amat menggalakkan dan di luar jangkaan daripada komuniti setempat. Antara program yang dijalankan adalah Eksplorace Klik Dengan Bijak, pertandingan memancing, bowling kelapa, pertandingan masakan sayur kampung, pertandingan gubahan bunga dari bahan terbuang, tarik tali, pertandingan motosikal lambat, serta pertandingan mewarna. Setiap pertandingan dibahagikan mengikut kategori. Pertandingan-pertandingan yang dianjurkan adalah berdasarkan perbincangan bersama Ahli Jawatankuasa Kampung dari kampung-kampung di Merapok. Pihak penganjur amat berterima kasih serta berbesar hati kerana Ahli Jawatankuasa yang terlibat telah memberikan sepenuhnya komitmen dan memberi kerjasama bagi menjayakan program ini.