Usahawan muda madu kelulut

         Dengan hanya bermodalkan RM5.00, Mohd. Zaidi bin Mohd. Zain Soon berasal dari Kampung Sasa, Merapok yang baru berusia 25 tahun kini sudah mampu mengembangkan perusahaan madu kelulut beliau sendiri dan merupakan perusahaan madu kelulut terbesar di Merapok. RM 5.00 tersebut digunakan untuk membeli minyak gergaji berantai (chainsaw) untuk menebang pokok yang mempunyai sarang kelulut. Kemudian, sarang kelulut pertama yang diperolehi itu di jual dan dijadikan modal untuk membeli sarang kelulut yang baru. Bertitik tolak dari situ, perusahaan madu kelulut beliau semakin berkembang sehingga kini. Perusahaan yang baru dijalankan kira-kira setahun setengah tersebut sudah mampu menjana pendapatan kasar sebanyak RM 4000 sebulan.

          Kini, Mohd. Zaid sudah mempunyai kira-kira 250 buah sarang kelulut yang terdiri daripada empat spesies iaitu Trigona Itama, Aminata, Trigona Apikalis, dan spesies Tuma yang mampu mencecah harga sehingga RM500 untuk satu sarang. Perusahaan ini turut dibantu oleh ibu saudara beliau iaitu Dayangku Kandi binti Awangku Karim yang turut membantu beliau berurusan dengan RISDA yang sehingga kini sudah menerima bantuan berjumlah RM20,000 daripada RISDA dalam bentuk peralatan untuk memproses madu kelulut.  

Sarang kelulut yang terdapat di sekitar rumah Mohd. Zaidi. Sarang kelulut beratap biru adalah bantuan RISDA dan beratap hijau milik beliau sendiri

Perusahaan ini di bawah bimbingan RISDA menggunakan nama ibu saudara beliau

 

Sarang madu kelulut yang diubah suai menjadi replika rumah mini 

Madu kelulut yang sudah diproses dan dijual RM 60.00 sebotol