Nama  : Rafidah binti Ahmad

 

Umur   : 29

 

Ahli      : 2018

 

 

Latar belakang

Puan Rafidah Ahmad merupakan peniaga makanan secara kecil-kecilan. Seorang suri rumah dan mempunyai dua orang anak tidak menghalang minatnya dalam masakan dan perniagaan makanan. Puan Rafidah mempunyai pengalaman luas dalam perniagaan makanan dan sudah mula bekerja dalam penyediaan makanan seperti katering dan pembantu tukang masak sejak berusia 18 tahun lagi.

Gerai makanan Puan Rafidah yang dikenali sebagai Rafidah Ahmad Corner semakin aktif beroperasi sejak awal tahun ini. Selain gerai makanan, Rafidah Ahmad Corner turut memperkenalkan perkhidmatan penghantaran makanan bagi sekitar Merapok sehingga ke Sindumin, Sabah. Perkhidmatan ini menjadikan perniagaan beliau lebih istimewa dan kehadapan berbanding perniagaan makanan lain yang terdapat di sini.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI, Puan Rafidah hanya berniaga di rumah dan pelanggan terdiri daripada jiran dan penduduk kampung yang terdekat sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT dan penglibatan PI, Puan Rafidah dapat mengembangkan dan mempromosikan perniagaan beliau dengan lebih pantas dan mudah dari sebelum ini. Melalui Facebook, beliau telah berjaya mempromosi perniagaan dan perkhidmatan dengan lebih meluas. Jika sebelum ini pelanggan beliau hanya terdiri daripada jiran dan penduduk kampung yang terdekat, kini pelanggan beliau sudah bertambah hingga ke sekitar Sindumin, Sabah. Melalui kelas keusahawanan yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Merapok, Puan Rafidah telah diperkenalkan dengan teknik promosi secara dalam talian dan bukan dalam talian. Promosi dalam talian yang diperkenalkan adalah melalui Facebook dan Whatssapp manakala promosi bukan dalam talian adalah menggunakan brosur dan risalah yang mengandungi iklan perniagaan dan perkhidmatan yang disediakan oleh beliau.

 

 

 

 

Nama  : Suzie binti Matusop

 

Umur   : 37

 

Ahli      : 2017

 

Latar belakang

Cik Suzie binti Matusop merupakan seorang guru Kelas Asas Fardhu Ain yang sedang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Ulu Merapok, Lawas. Selain itu, beliau juga sedang melanjutkan pelajaran di Asia Universiti dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak.  

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum penglibatan PI dan mengikuti kelas di PI Merapok, Cik Suzie belum mahir menggunakan perisian di dalam Microsoft Office dan hanya biasa menggunakan Microsoft Office Words.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas mingguan yang dijalankan di PI1M Merapok serta dibimbing oleh petugas, beliau dapat meningkatkan kemahiran menggunakan perisian di dalam Microsoft Office. Melalui kelas yang diikuti, dapat memudahkan beliau membuat tugasan dan mencari maklumat yang diperlukan.

 

 

 

 

 

    

Nama : Awangku Muhammad Zahfran bin Awangku Jamani

 

Umur : 15 tahun

 

Ahli    : 2017

 

 

Latar belakang

Awangku Muhammad Zahfran bin Awangku Jamani merupakan antara Orang Kelainan Upaya yang menjadi ahli di Pusat Internet Merapok.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Awangku Zahfran merupakan pelajar Sekolah Menengah dan sebelum penglibatan PI Awangku masih belum biasa menggunakan komputer dan internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Awangku aktif menyertai kelas dan aktiviti yang dijalankan di PI. Setelah mengikuti beberapa kelas dan aktiviti, Awangku sudah dapat menggunakan dan mengendalikan komputer dengan lebih baik. Kini, Awangku sudah dapat menguasai beberapa perisian-perisian yang mudah seperti Microsoft Office Words dan Publisher dengan bimbingan yang berterusan daripada petugas serta minat beliau sendiri untuk meningkatkan kemahiran penggunaan komputer dan internet.


 

Nama : Adanan bin Idris

 

Umur : 48 tahun

 

Ahli    : 2017

 

 

Latar belakang

Encik Adanan bin Idris merupakan guru Kelas Fardhu Ain yang sedang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Merapok, Lawas. Beliau juga sedang melanjutkan pelajaran secara jarak jauh di AEU University.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas asas komputer di PI Merapok, Encik Adanan masih belum menguasai asas menggunakan komputer. Beliau hanya biasa menggunakan Microsoft office Words untuk urusan kerja.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas mingguan dan kelas bimbingan yang dijalankan di PI Merapok,  beliau kini semakin mahir menggunakan dan mengendalikan komputer. Melalui kelas yang diikuti serta bimbingan berterusan daripada petugas, beliau dapat membuat tugasan-tugasan yang diberikan dengan lebih baik.