Tarikh : 26 Oktober 2024
Masa : 10.30 pagi – 11.30 pagi
Lokasi : NADI Merapok
Peserta : 5 Orang
|
Tujuan Untuk mendidik dan memberi kesedaran tentang impak positif E-sukan kepada peserta dan garis panduan untuk menceburi dan bergiat aktif dalam bidang E-sukan.
Aktiviti Video kelas kesedaran e-sukan oleh National Esport Development Guidelines (NESDEG) telah ditayangkan kepada semua ahli pasukan yang telah mewakili NADI Merapok yang merangkumi 8 teras utama dalam pembangunan dan kemajuan e-sukan. Petugas memastikan program berjalan lancar dan tiada masalah teknikal berlaku.
|
Tarikh : 15 Oktober 2024
Masa : 9.00 pagi – 10.00 pagi
Lokasi : NADI Merapok
Peserta : 26 Orang
|
Tujuan Untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika melalui program khas yang direka oleh KPM.
Aktiviti Pelajar dikehendaki log masuk sistem menggunakan ID dan kata kunci yang telah disediakan. Pelajar menjawab semua 20 soalan kuiz yang telah disediakan dan memuat turun sijil digital setelah tamat. Petugas memastikan program berjalan lancar dan tiada masalah teknikal berlaku.
|
Tarikh : 12 September 2024
Masa : 1.00 petang – 2.30 petang
Lokasi : NADI Merapok
Peserta : 21 Orang
|
Tujuan Memberi peluang kepada peserta menjalankan eksperimen untuk mengkaji ketumpatan cecair dan pepejal di samping menggalakkan penglibatan dan minat peserta dengan aktiviti STEM.
Aktiviti Program dimulakan dengan taklimat dan demonstrasi eksperimen oleh petugas NADI menggunakan bahan-bahan yang disediakan. Program diteruskan dengan aktiviti secara ‘hands on’ oleh peserta sendiri mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Aktiviti ditutup dengan perbincangan tentang hasil dapatan dan kesimpulan melalui eksperimen yang telah dijalankan.
|
Tarikh : 10 Oktober 2024
Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi
Lokasi : NADI Merapok
Peserta : 13 Orang
|
Tujuan Untuk memberi pengenalan terhadap kursus-kursus kemahiran yang ditawarkan kepada komuniti oleh pihak NADI melalui program NADI Mahir.
Aktiviti Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh penceramah dan sesi Ice Breaking. Program diteruskan dengan sesi taklimat mengenai NADI Mahir dan pengenalan terhadap kursus-kursus yang ditawarkan. Program diselingkan dengan sesi cabutan bertuah. Program ditutup dengan sesi soal jawab bersama peserta.
|
Tarikh : 17 Ogos 2024 Masa : 10 pagi – 3 petang Lokasi : NADI Merapok Peserta : 24 Orang
|
Tujuan Untuk memberi pendedahan dan menggalakkan penglibatan E- Sukan dalam kalangan komuniti dan melopori peluang pekerjaan melaui E-Sukan.
Aktiviti Pertandingan antara 4 kumpulan telah dilangsungkan dengan perlawanan secara kalah mati. Petugas memantau dan memastikan semua perlawanan berjalan dengan lancar tanpa masalah teknikal. |