Tarikh : 21 Mei 2024
Masa : 11.30 pagi– 12.30 pagi
Lokasi : NADI Merapok
Peserta : 3 orang
|
Tujuan Untuk membimbing peserta tentang cara pengisian permohonan UPU dalam talian mengikut langkah yang betul.
Aktiviti Peserta dibimbing untuk memdaftar dan memasukkan maklumat diri ke dalam sistem UPU secara dalam talian. Peserta juga dibimbing untuk memilih pilihan kursus sesuai dengan taraf akademik dan minat peserta dalam sesuatu bidang. |
Tarikh : 8 Mei 2024
Masa : 2.00 petang – 3.00 petang
Lokasi : NADI Merapok
Peserta : 6 orang
|
Tujuan Untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan keselamatan siber peserta melalui format interaktif yang menarik, membantu mereka mengenali dan melindungi diri daripada bahaya siber. Kuiz ini dapat meningkatkan pemahaman peserta tentang keselamatan dan etika ketika melayari internet, serta menggalakkan pemikiran kritis terhadap maklumat dalam talian.
Aktiviti Peserta dikehendaki untuk menjawab semua soalan melalui aplikasi “Quizziz” sehingga tamat. Peserta yang mendapat tempat pertama diberi hadiah sebagai token penghargaan. |
Tarikh : 27 April 2024
Masa : 3.00 petang – 5.00 petang
Lokasi : NADI Merapok
Peserta : 6 orang
|
Tujuan Untuk meningkatkan kreativiti peserta dan meningkatkan kemahiran tangan sambil menghasilkan barang yang unik dan bernilai estetika. Selain itu, ia bertujuan untuk memberi kesan sosial positif di samping mengurangkan stress dan boleh menggalakkan peserta menjana sumber pendapatan tambahan.
Aktiviti Peserta diberikan bahan keperluan aktiviti seperti kayu ukiran, benang, reben dan gam serta alat keperluan yang lain untuk menghasilkan reka bentuk menggunakan barang yang telah disediakan. Peserta diarahkan untuk menghasilkan reka bentuk mengikut kreativiti dan imaginasi masing-masing.
|
Tarikh : 7 Mei 2024
Masa : 9.30 petang – 10.30 petang
Lokasi : NADI Merapok
Peserta : 3 orang
|
Tujuan Untuk membimbing peserta tentang cara mengisi maklumat murid dalam Sistem Pengurusan Identiti (idMe) untuk permohonan kemasukan murid Tahun 1 bagi sesi 2025.
Aktiviti Peserta dibimbing untuk memasukkan data dan maklumat murid yang diperlukan ke dalam ruangan yang disediakan mengikut langkah demi langkah. Setelah selesai, peserta dikehendaki untuk memuat turun borang tersebut untuk dicetak.
|
Tarikh : 24 April 2024
Masa : 12.00 petang – 2.00 petang
Lokasi : NADI Merapok
Peserta : 12 orang
|
Tujuan Untuk memberi ilmu kepada peserta tentang cara penulisan “Story Copywriting” menggunakan Microsoft Word menggunakan format, teknik dan cara yang betul disamping meningkatkan asas ICT dalam kalangan peserta.
Aktiviti Peserta diajar cara untuk membuat penulisan cerita menggunakan Microsoft Word dengan menyesuaikan format teks, margin dan susunan halaman. Peserta juga dibimbing untuk menulis cerita dengan gaya yang menarik, menyertakan tajuk menggunakan 'headings' dan 'subheadings' serta menambahkan imej atau grafik jika diperlukan. Akhir sekali, peserta dikehendaki menyemak semula ejaan dan tatabahasa dalam penulisan tersebut dan menyimpan kerja tersebut di dalam folder. |