Tarikh : 29 Jun 2024
Masa : 2.00 petang – 4.00 petang
Lokasi : NADI Merapok
Peserta : 11 Orang
|
Tujuan Untuk memberi kemudahan kepada komuniti setempat untuk menggunakan internet dan komputer untuk tujuan mengisi data dan maklumat ke dalam sistem laman web.
Aktiviti Peserta dibimbing untuk membuka dan mendaftar akaun AINS. Seterusnya, peserta dikehendaki mengisi data NILAM masing-masing ke dalam sistem AINS. Petugas memberi bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang proses pengisian dijalankan sehingga selesai. |
Tarikh : 22 Jun 2024
Masa : 10.30 pagi – 2.00 petang
Lokasi : NADI Merapok
Peserta : 3 Orang
|
Tujuan Untuk mempelajari teknik membuat mini bouquet yang ringkas dan menarik disamping mengembangkan bakat dan kreativiti peserta dalam bidang kesenian. Aktiviti ini juga dapat membantu meningkatkan asas keusahawanan peserta dan membantu mereka menjana pendapatan sampingan.
Aktiviti Peserta dikehendaki membuat mini bouquet menggunakan bahan-bahan yang disediakan seperti kertas hadiah, reben, bunga plastik, snek makanan dan polistren dengan kreativiti masing-masing. Petugas memberi bimbingan sepanjang aktiviti dijalankan.
|
Tarikh : 21 Jun 2024
Masa : 10.00 pagi – 12.00 petang
Lokasi : NADI Merapok
Peserta : 1 Orang
|
Tujuan Untuk menyediakan kemudahan dan fasiliti kepada komuniti untuk menghadiri kursus secara dalam talian dengan suasana yang selesa dan kondusif di samping memperkenalkan fungsi dan kemudahan yang terdapat di NADI Merapok.
Aktiviti Petugas mempersiapkan kemudahan seperti desktop komputer untuk peserta menghadiri kursus digital dan memberi bimbingan dan bantuan teknikal khususnya yang berkaitan dengan ICT sepanjang kursus dijalankan. |
Tarikh : 9 Jun 2024
Masa : 1 petang - 3 petang
Lokasi : NADI Merapok
Peserta : 10 Orang
|
Tujuan Untuk memberi pengenalan dan pendedahan tentang platform jual beli secara digital iaitu Shopee.
Aktiviti Petugas memberi bimbingan kepada peserta tentang cara membuka akaun Shopee dan cara menjual barang di Shopee mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan. |
Tarikh : 6 Jun 2024
Masa : 12.00 petang – 3.00 petang
Lokasi : NADI Merapok
Peserta : 10 Orang
|
Tujuan Program ini bertujuan untuk memperkenalkan teknologi kecerdasan buatan (AI) kepada guru tadika. Penggunaan aplikasi AI seperti ChatGPT dan Bing Image Creator dapat membantu guru dalam menyediakan dan merancang bahan pengajaran yang lebih interaktif dan kreatif, sekaligus meningkatkan pengalaman pembelajaran kanak-kanak di samping memperkaya pengalaman profesional guru dalam dunia pendidikan moden.
Aktiviti Petugas memberi penerangan tentang konsep AI dan kegunaannya dalam pendidikan. Seterusnya, peserta diajar cara menggunakan ChatGPT dan Bing Image mengikut langkah demi langkah. Akhir sekali, aktiviti Hands On penggunaan ChatGPT dan Bing Image oleh peserta.
|