Tarikh   : 25 Mei 2022

 

Masa    : 9.00 – 12.00

 

Lokasi  : Bilik Latihan ICT PEDi Merapok

 

Peserta : 10 orang

 

 

Tujuan

Mengajar asas cara memulakan perniagaan E-dagang melalui Shopee.

 

Aktiviti        

Kelas usahawan diadakan sempena Program Keusahawanan dan Agensi bersama PEDi Merapok. Peserta terdiri daripada peniaga yang sudah mempunyai produk sendiri, peniaga kecil-kecilan yang baru ingin memulakan perniagaan menggunakan e-dagang, dan lepasan sekolah yang berminat dalam e-dagang.

 

 

Tarikh   : 17 Mei 2022

 

Masa    : 8.30 - 4.30

 

Lokasi  : PEDi Merapok

 

Peserta : 1 orang

 

 

Tujuan

Membantu dan memberi tunjuk ajar kepada komuniti yang menjalani kursus secara online. Menyediakan kemudahan yang diperlukan kepada komuniti yang perlu menghadiri kursus secara online. Memastikan PEDi dapat memberikan kemudahan dan manfaat kepada komuniti yang memerlukan

 

Aktiviti        

Memberi tunjuk ajar asas penggunaan komputer dan aplikasi Zoom kerana peserta baru pertama kali menjalani kursus secara online. Memastikan peserta dapat mengikuti kursus dengan lancar dan petugas segera menyelesaikan sebarang masalah teknikal yang berlaku sepanjang kursus online dijalankan. Memastikan setiap peserta tidak ketinggalan dan dapat mengikuti kursus dengan baik.

 

 

Tarikh   : 26 Mei 2022

 

Masa    : 2.00 - 4.00

 

Lokasi  : PEDi Merapok

 

Peserta : 18 orang

 

 

Tujuan

Menyediakan kemudahan bagi pembelajaran atas talian kepada guru dan pelajar KAFA SK Merapok

 

Aktiviti        

Menyediakan kemudahan komputer dan internet bagi kegunaan pembelajaran atas talian bagi guru dan institusi pendidikan sekitarMerapok. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam penggunaan komputer dan internet.

 

 

 

Tarikh   : 19 Febuari 2022

 

Masa    : 10.00 - 12.00

 

Lokasi  : PEDi Merapok

 

Peserta : 1 orang

 

 

Tujuan

Memberi bimbingan cara membuat surat rasmi bagi membuat permohonan membuka akaun  perniagaan di Bank Simpanan Nasional

 

Aktiviti        

Peserta merupakan usahawan dan pembekal keropok lekor mentah sekitar Merapok dan Lawas. Peserta meminta petugas mengajar cara membuat surat rasmi bagi membuat permohonan membuka akaun bank perniagaan. Permohonan kini sudah dalam proses dan menunggu kelulusan bank.

 

 

Tarikh   : 22 April 2022

 

Masa    : 9.00 – 11.00

 

Lokasi  : PEDi Merapok

 

Peserta : 2 orang

 

 

Tujuan

Mempelajari dan meningkatkan kemahiran peserta dalam penggunaan Google Drive dan emel.

 

Aktiviti        

Mengajar cara penggunaan Google Drive untuk menghantar  tugasan video yang perlu dimuat naik dalam laman web Universiti. Menggunakan Google Drive untuk menjadikan video yang bersaiz besar kepada pautan yang boleh diakses dengan mudah dan dapat dihantar melalui emel.