Tarikh   : 14 November 2021

 

Masa    : 9.30 - 11.30 pagi

 

Lokasi  : PEDi Merapok

 

Peserta : 1 orang

 

 

Tujuan

Memperkenalkan pelbagai kegunaan Website Canvadan mengajar cara mereka bentuk logo menggunakan Canva.

 

Aktiviti        

Pelajar perlu menyediakan logo perniagaan untuk kegunaan tugasan Tingkatan 5. Petugas memperkenalkan website Canva dan menerangkan bagaimana mereka bentuk logo menggunakan website tersebut.

 

 

Tarikh   : 25 hingga 30 November 2021

 

Masa    : 9.00 pagi - 4.30 petang

 

Lokasi  : Bilik Latihan ICT PEDi Merapok

 

Peserta : 41 orang

 

 

Tujuan

Memudahkan pihak guru KAFA dan pelajar menjalankan ujian penilaian kerana majoriti pelajar mengalami masalah talian internet.

 

Aktiviti        

Guru KAFA membuat permohonan untuk menggunakan PEDi bagi menjalankan ujian penilaian KAFA kepada pelajar-pelajar SK Merapok. Petugas menyediakan tempat dan kemudahan yang diperlukan oleh guru dan peserta.

 

 

 

Tarikh   : 21 Oktober 2021

 

Masa    : 2.00 – 3.00 petang

 

Lokasi  : Pusat Internet Komuniti Merapok

 

Peserta : 3 orang

 

 

Tujuan

Majlis penyampaian hadiah kepada tiga pemenang Pertandingan Usahawan Digital PIK Merapok.

 

Aktiviti

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Usahawan Digital Peringkat PIK Merapok Tahun 2021. Majlis diadakan secara tertutup yang dihadiri oleh peserta sahaja.

 

 

Tarikh   : 19 November 2021

 

Masa    : 8.30 - 12.00 tengah hari

 

Lokasi  : Bilik Latihan ICT PEDi Merapok

 

Peserta : 4 orang

 

 

Tujuan

Menyediakan kemudahan komputer dan internet kepada peserta seminar CIDB online dari Ulu Merapok. Memberi tunjuk ajar cara penggunaan Aplikasi Zoom bagi menyertai seminar atas.

 

Aktiviti

Peserta seminar meminta petugas mengajar cara penggunaan Zoom.Petugas memberikan penerangan dan tutorial cara penggunaan Zoom dan memantau peserta bagi memastikan peserta dapat menjalani seminar dengan lancar.

 

 

Tarikh   : 23 Oktober 2021

 

Masa    : 2.00 – 4.00 petang

 

Lokasi  : Pusat Internet Komuniti Merapok

 

Peserta : 1 orang

 

 

Tujuan

Mengajar penggunaan Microsoft Power Point bagi kegunaan pelajar Kolej Komuniti

 

Aktiviti

Pelajar meminta petugas mengajar cara menggunakan Power Point untuk kegunaan tugasan. Petugas mengajar pelbagai ciri di dalam Power Point yang digunakan untuk membuat slide pembentangan.