Tarikh   : 3 Mac 2021

 

Masa    : 10.00 hingga 11.00 pagi

 

Lokasi  : Pusat Internet Komuniti Merapok

 

Peserta : 2 orang

 

 

Tujuan

Mempelajari cara membuat pelekat nama untuk produk jualan

 

Aktiviti

Peserta meminta tunjuk ajar petugas untuk membuat pelekat produk bagi produk jualannya.Petugas mengajar cara menghasilkan pelekat dengan mudah menggunakan Microsoft Publisher

 

 

Tarikh   : 21 Febuari 2021

 

Masa    : 10.00 - 12.00

 

Lokasi  : Bilik Latihan ICT PIK Merapok

 

Peserta : 1 orang

 

 

Tujuan

Mengajar cara membuat borang soal selidik berdasarkan contoh dan format yang disediakan.

 

Aktiviti

Pelajar menunjukkan contoh borang soal selidik sedia ada dan bertanya cara membuat format-format tertentu yang belum pernah dipelajari. Petugas mengajar cara membuat format yang diperlukan. Pelajar kemudian membuat borang soal selidik tersebut sambil diajar oleh petugas.

 

 

 

Tarikh   : 3 Febuari 2021

 

Masa    : 9.00 hingga 12.00

 

Lokasi  : Bilik Latihan ICT Pusat Internet Merapok

 

Peserta : 4 orang

 

 

Tujuan

Mengajar asas penggunaan Microsoft Excel bagi kegunaan tugasan Tingkatan 5.

 

Aktiviti

Peserta yang mengikuti kelas adalah pelajar yang sedang menjalani PDPR. Peserta perlu menggunakan kemudahan komputer PIK kerana tiada kemudahan komputer di rumah dan tidak dapat menggunakan Makmal Komputer di sekolah.Mereka juga ingin mempelajari asas penggunaan Microsoft Excel bagi menyiapkan tugasan yang diberikan.

 

 

Tarikh   : 21 Febuari 2021

 

Masa    : 11.00 - 1.00

 

Lokasi  : Pusat Internet Merapok

 

Peserta : 1 orang

 

 

Tujuan

Memberi tunjuk ajar cara penggunaan aplikasi Google Meet untuk menghadiri kelas secara dalam talian. Memberi bimbingan cara penggunaan Google Meet menggunakan komputer riba kerana sebelum ini pelajar hanya menggunakan telefon.

 

Aktiviti

Petugas mengajar cara log masuk ke dalam Google Meet daripada akaun Gmail pelajar sendiri.Pelajar mempelajari cara mengikuti kelas daripada link yang sudah diberikan. Petugas mengajar ciri-ciri penting dalam aplikasi Google Meet.

 

 

 

Tarikh   : 7 Febuari 2021

 

Masa    : 2.30 hingga 5.30

 

Lokasi  : Bilik Latihan ICT Pusat Internet Merapok

 

Peserta : 2 orang

 

 

Tujuan

Membantu pelajar-pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia membuat persediaan peperiksaan pada bulan Febuari.

 

Aktiviti

Peserta mengikuti seminar secara dalam talian menggunakan aplikasi Zoom. Seminar yang diikuti adalah mengikut subjek yang dipilih oleh peserta sendiri.