Tarikh   : 19 September 2020

Masa    : 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

Lokasi   : Bilik Latihan ICT Pusat Internet Merapok

Peserta  : 2 orang

Tujuan

Meningkatkan kemahiran dalam penggunaan Microsoft Office Words dalam kalangan pelajar. Memberi bimbingan kepada pelajar cara membuat tugasan mengikut kehendak tugasan.

Aktiviti

Pelajar mempelajari pelbagai penggunaan menu bagi menjadikan tugasan lebih kemas dan menarik. Soal jawab terbuka sepanjang sesi bagi memastikan pelajar lebih faham.

Tarikh   : 17 September 2020

Masa    : 10.00 hingga 11.00 pagi

Lokasi  : Bilik Latihan ICT Pusat Internet Merapok

Peserta : 1 orang

Tujuan

Belajar penggunaan MyBSN bagi membuat pemindahan wang online. Mempelajari kegunaan-kegunaan lain MyBSN seperti memeriksa baki, pembayaran bil air, bil elektrik, bil astro, bil telefon dan sebagainya.

Aktiviti

Peserta belajar cara membuat pemindahan wang secara online sambil ditunjuk ajar oleh petugas. Petugas turut menerangkan kegunaan-kegunaan lain dalam MyBSN.

Tarikh   : 30 Ogos 2020

Masa    : 9.00 pagi hingga 1.00 petang

Lokasi  : Bilik Latihan ICT Pusat Internet Merapok

Peserta : 10 orang

Tujuan

Menggalakkan remaja terus aktif dengan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet dan meningkatkan kreativiti dan kemahiran peserta dalam penggunaan perisian yang diajarkan.

Aktiviti

Pelajar membuat poster bagi menyertai pertandingan Poster Pusat Internet bertemakan Pusat Internet Pemangkin Komuniti. Perisian yang digunakan adalah Microsoft Office Power Point.

Tarikh   : 4 September 2020

Masa    : 2.00 hingga 5.00 petang

Lokasi  : Bilik Latihan ICT Pusat Internet Merapok

Peserta : 17 orang

Tujuan

Menggalakkan komuniti terus aktif dengan aktiviti yang dianjurkan di Pusat Internet dan merapatkan hubungan kerjasama antara organisasi yang terlibat serta komuniti.

Aktiviti

Majlis penyampaiah hadiah diadakan sebagai penghargaan dan menyampaikan hadiah dan cenderahati kepada pemenang dan semua peserta. Pertandingan membuat video kraftangan Merdeka ini telah berlangsung pada 1 hingga 25 Ogos 2020 dan telah menerima sebanyak 10 penyertaan.

Tarikh   : 29 Ogos 2020

Masa    : 9.00 pagi hingga 1.00 petang

Lokasi  : Bilik Latihan ICT Pusat Internet Merapok

Peserta : 8 orang