Tarikh   : 20 Disember 2019

 

Masa    : 10.00 -12.00 tengah hari

 

Lokasi  : Bilik Latihan ICT Pusat Internet Merapok

 

Peserta : 6 orang

 

 

Tujuan

Mengadakan aktiviti berasaskan keusahawanan sempena cuti sekolah. Selain membuat aktiviti yang melibatkan kreativiti, peserta juga didedahkan asas keusahawanan.

 

Aktiviti

Pelajar belajar cara membuat stick puppet dan penanda buku daripada bahan-bahan yang disediakan. Kemudian pelajar diajar asas keusahawanan dan cara menjual stick puppet dan penanda buku yang sudah dihasilkan di Sudut Usahawan PI.

 

 

 

Gambar seterusnya di sini

 

Tarikh   : 6 Disember 2019

 

Masa    : 9.00 hingga 11.00 pagi

 

Lokasi  : Pusat Internet Merapok

 

Peserta : 6 orang

 

 

Tujuan

Belajar asas penggunaan Microsoft Power Point dan cara membuat slide pembentangan

 

Aktiviti

Pelajar didedahkan cara menggunakan Microsoft Power Point dan diberi tugasan membuat slide pembentangan. Pelajar juga diminta membentangkan tugasan yang diberikan.

 

 

Tarikh   : 17 November 2019

 

Masa    :  11.00 pagi

 

Lokasi  : Pusat Internet Merapok

 

Peserta : 1 orang

 

 

Tujuan

Memberi kesedaran dan pendedahan berkenaan kepentingan mobile       e-waste

 

Aktiviti

Komuniti telah menyerahkan telefon yang sudah tidak dapat digunakan ke tempat pengumpulan mobile e-waste di PI Merapok. 

 

 

Tarikh   : 28 dan 29 November 2019

 

Masa    : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

 

Lokasi  : Pusat Internet Kampung Banting

 

Peserta : 21 orang

 

 

Tujuan

Jalinan kerjasama antara Pusat Internet dan Pejabat Kesihatan Daerah Lawas bagi menjalankan kelas belajar Microsoft Excel kepada kakitangan Pejabat Kesihatan dari Seksyen Inspektorat dan Penguatkuasaan.

 

Aktiviti

Kelas dijalankan selama dua hari dan pelajar dibahagi kepada dua kumpulan. Modul yang diajar bermula daripada pengenalan asas Microsoft Excel hingga cara penggunaan yang lebih mendalam.

 

 

 

 

Tarikh   : 1 November 2019

 

Masa    : 8.30 - 1.00 petang

 

Lokasi  : Bilik Latihan ICT Pusat Internet Merapok

 

Peserta : 20 orang

 

 

Tujuan

Kerjasama dengan Sekolah Kebangsaan Merapok bagi menjalankan Pentaksiran Kompetensi Sains Matematik Bacaan dan Kewangan KPM kepada pelajar Tahun 5 SK Merapok

 

Aktiviti

Pelajar dan guru yang terlibat telah menggunakan Bilik Latihan PI Merapok bagi menjalankan pentaksiran yang terbahagi kepada dua sesi.