Tarikh    : 10 Ogos 2019

 

Masa     : 10.00 hingga 11.00 pagi

 

Lokasi    : Pusat Internet Merapok

 

Peserta : 3 orang

 

 

Tujuan

Memberi bimbingan berkenaan penggunaan internet dan cara menggunakan pemetaan web atau google map untuk kegunaan tugasan sekolah.

 

Aktiviti

Petugas mengajar langkah-langkah penggunaan internet serta google map dan cara mencetak gambar daripada google map yang diperlukan untuk tugasan Sekolah Menengah.

 

Tarikh   : 27 Julai 2019 

 

Masa    : 2.00 hingga 3.00 petang

 

Lokasi  : Bilik Latihan ICT Pusat Internet Merapok

 

Peserta : 5 orang

 

 

Tujuan

Memberi pendedahan cara yang mudah untuk mempelajari cara menaip yang pantas menggunakan aplikasi atas talian "Typetastic".

 

Aktiviti

Pelajar menggunakan aplikasi Typetastic yang merupakan aplikasi untuk belajar menaip. Aplikasi ini melatih pelajar daripada asas menaip sehingga mahir menggunakan aplikasi yang berbentuk permainan atas talian.

 

 

Tarikh   : 20 Julai 2019

 

Masa    : 10.00 hingga 12.00 Tengah Hari 

 

Lokasi   : Pusat Internet Merapok

 

Peserta : 3 orang

 

 

Tujuan

Memberi latihan keusahawanan asas dan belajar cara membuat sushi untuk peniaga muda dan peniaga kecil-kecilan.

 

Aktiviti

Peserta telah diajar cara membuat sushi yang mudah dengan menggunakan bahan yang ringkas dan mudah diperolehi. Peserta telah membuat beberapa jenis sushi mengikut kreativiti dan gabungan idea antara petugas dan peserta yang hadir. 

 

 

Tarikh   : 21 Julai 2019

 

Masa    : 10.00 hingga 11.00 pagi

 

Lokasi   : Bilik Latihan ICT Pusat Internet Merapok

 

Peserta : 3 orang

 

 

Tujuan

Meningkatkan kesedaran kepada peserta berkenaan kesedaran dan kewaspadaan dalam penggunaan internet.

 

Aktiviti

Peserta menjawab soalan kuiz klik dengan bijak menggunakan aplikasi kuiz atas talian iaitu Kahoot. Aplikasi ini digunakan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang interaktif dan menarik. Soalan kuiz adalah berkenaan pentingnya kesedaran berkenaan risiko yang boleh wujud daripada internet dan cara untuk menanganinya. 

 

 

Tarikh   : 9 Julai 2019

 

Masa    : 2.00 hingga 4.00 petang 

 

Lokasi   : Bilik Latihan ICT Pusat Internet Merapok

 

Peserta : 4 orang

 

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta aplikasi yang berguna untuk tujuan pembelajaran.

 

Aktiviti

Peserta menggunakan aplikasi Quizizz iaitu kuiz secara atas talian untuk membuat ulangkaji matapelajaran bagi pelajar yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah.