Tarikh   : 3 April 2019

 

Masa    : 10.00 hingga 12.00

 

Lokasi  : Pusat Internet Merapok

 

Peserta : 1 orang

 

 

Tujuan

Meningkatkan kemahiran penggunaan Microsoft Office Words dan mengajar cara penggunaan e-mel. 

 

Aktiviti

Pelajar mempelajari cara penggunaan Microsoft Words bagi penyediaan tugasan dan dokumen serta cara menghantar dokumen tersebut menggunakan e-mel.

 

 

Tarikh   : 17 Mac 2019

 

Masa    : 10.00 hingga 12.00 tengah hari

 

Lokasi   : Bilik Latihan ICT Pusat Internet Merapok

 

Peserta : 8 orang

 

 

Tujuan

Memperkenalkan kepada pelajar aplikasi kuiz atas talian yang berguna untuk membuat ulangkaji pelajaran serta memberi peluang pelajar menggunakan kemudahan PI untuk tujuan pembelajaran.

 

Aktiviti

Pelajar membuat latihan dan ulangkaji menggunakan perisian Quizizz bagi menjadikan aplikasi pembelajaran lebih menarik dan interaktif. Pelajar membuat ulangkaji mengikut tahap dan darjah sambil dibimbing oleh petugas.

 

 

Tarikh   : 12 Mac 2019

 

Masa    : 2.30 hingga 5.00 petang

 

Lokasi   : Bilik Latihan ICT Pusat Internet Merapok

 

Peserta : 10 orang

 

 

Tujuan

Memberi kelas kecantikan dan keusahawanan percuma kepada surirumah bagi membantu memberi pendedahan kepada bidang keusahawanan.

 

Aktiviti

Aktiviti utama adalah peserta mengikuti kelas asas kecantikan dan solekan. Aktiviti lain adalah seminar AVON Leadership Program yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai peluang perniagaan bersama AVON.

 

 

Tarikh    : 23 Mac 2019

 

Masa     : 10.00 hingga 11.00 pagi

 

Lokasi    : Pusat Internet Merapok

 

Peserta  : 3 orang

 

 

Tujuan

Pendedahan berkenaan jenis-jenis jenayah siber masa kini melalui permainan word search. 

 

Aktiviti

Peserta menggunakan permainan word search untuk mengenalpasti jenayah siber dan tindakan yang perlu diambil sekiranya berhadapan dengan situasi tersebut.

 

 

Tarikh   : 16 Mac 2019

 

Masa    : 8.00 pagi hingga 4.00 petang

 

Lokasi  : Kampung Aru Sundar, Lawas

 

 

Tujuan

Mempromosikan Pusat Internet Daerah Lawas kepada komuniti di samping mengeratkan lagi hubungan membina semangat perpaduan antara petugas PI, komuniti, serta agensi yang terlibat.

 

Aktiviti

Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti kempen dan kesedaran berkenaan jenayah siber, saringan kesihatan, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak dan warga emas, serta sukaneka. Acara yang dijalankan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.