Tarikh   : 3 November 2019

 

Masa    : 9.00 hingga 12.00 tengah hari

 

Lokasi  : Pusat Internet Merapok

 

Peserta : 15 orang

 

 

Tujuan

Kolaborasi dengan Komuniti Rukun Tetangga Kampung Bangkatan, Merapok yang menjadi penganjur pertandingan mewarna bagi kanak-kanak.

 

Aktiviti

Kanak-kanak daripada pelbagai peringkat umur telah menyertai pertandingan mewarna yang dijalankan di PI Merapok. Pertandingan ini dapat mempromosikan PI serta mengeratkan lagi kerjasama antara komuniti dan petugas PI.

 

 

Tarikh   : 17 Ogos 2019

 

Masa    : 10.00 pagi-5.30 petang

 

Lokasi  : Pusat Internet Merapok

 

Peserta : 89 orang

 

 

Tujuan

Kolaborasi bersama KWSP Limbang dan Miri, Sarawak sempena program i-akaun dan mobile apps serta pendaftaran i-suri.

 

Aktiviti

Booth KWSP dan pendaftaran i-suri telah dibuka selama satu hari di PI Merapok. Aktiviti berkaitan KWSP telah dijalankan termasuk pendaftaran i-suri, i-saraan, dan semakan akaun KWSP kepada komuniti sekitar Merapok dan Kuala Lawas.

 

 

 

Gambar seterusnya di sini

Tarikh    : 4 dan 5 Oktober 2019

 

Masa     : 4 Oktober (2.00-5.00 ) 5 Oktober (9.00-5.00) 

 

Lokasi   : Pusat Internet Merapok

 

Peserta  : 145 orang

 

 

Tujuan

Memperkenalkan Pusat Internet sebagai tempat menyediakan pelbagai kemudahan kepada komuniti, mengeratkan kerjasama dengan komuniti, agensi terlibat serta ahli jawatankuasa kampung. Seterusnya, untuk mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi.

 

Aktiviti

Pelbagai aktiviti melibatkan komuniti telah dijalankan seperti pertandingan kuiz Klik Dengan Bijak, pertandingan menaip pantas, pertandingan membuat artikel kepentingan internet kepada masyarakat, taklimat advokasi, mobile

e-waste, pertandingan Beyblade, pertandingan puding, dan pelbagai lagi pertandingan lain yang dianjurkan bersama Komuniti Rukun Tetangga Kampung Bangkatan, Merapok.

 

 

Gambar seterusnya di sini

 

Tarikh   : 15 hingga 16 Oktober 2019

 

Masa    : 8.00-1.00 petang

 

Lokasi  : Sekolah Kebangsaan Puru Sia, Lawas

 

Peserta : 31 orang 

 

 

Tujuan

Memberi pendedahan dan pengenalan berkenaan ICT, Klik Dengan Bijak serta asas penggunaan komputer bagi pelajar pasca UPSR.

 

Aktiviti

Pelbagai aktiviti melibatkan advokasi , Klik Dengan Bijak, pengenalan kepada komputer dan Microsoft Office telah dijalankan sepanjang dua hari. Pelajar telah diberi tugasan berkenaan cara penggunaan asas perisian Microsoft Office Words, Power Point, kuiz berkenaan asas komputer dan klik dengan bijak juga telah dijalankan.

 

Gambar seterusnya di sini

Tarikh   : 22 Ogos 2019

 

Masa    : 10.00 hingga 12.00 tengah hari

 

Lokasi   : Bilik Latihan Pusat Internet Merapok

 

Peserta : 9 orang

 

 

Tujuan

Meningkatkan kemahiran penggunaan papan kekunci komputer bagi meningkatkan kemahiran menaip pelajar.

 

Aktiviti

Aplikasi Typetastic yang berbentuk permainan pendidikan secara atas talian digunakan untuk meningkatkan kemahiran menaip pelajar. Pelajar perlu melalui setiap peringkat dan unit di dalam aplikasi tersebut supaya kemahiran menaip dapat dipelajari dari peringkat mudah sehingga peringkat yang lebih sukar.