Tarikh   : 4 September 2019

 

Masa     : 3.00 hingga 5.00 petang

 

Lokasi    : Pusat Internet Merapok

 

Peserta : 4 orang

 

 

Tujuan

Mempelajari cara membuat Bendera Kebangsaan. 

 

Aktiviti

Peserta dibimbing oleh petugas langkah-langkah yang betul untuk membuat Bendera Kebangsaan mengunakan kertas warna. 

 

 

Tarikh   : 16 September 2019

 

Masa    : 8.00 hingga 3.00 petang

 

Lokasi  : Kampung Tanjung Aru, Sundar

 

 

Tujuan

Mempromosikan Pusat Internet yang terdapat di daerah Lawas kepada komuniti dan agensi jemputan serta promosi My TV.

 

Aktiviti

Tiga buah Pusat Internet Daerah Lawas telah bekerjasama dengan Komuniti Rukun Tetangga Kampung Tanjung Aru, Sundar serta komuniti terdekat. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bersama agensi jemputan seperti taklimat daripada Agensi Anti Dadah, pertandingan bertemakan Hari Malaysia, serta pelbagai pertandingan bagi pelbagai peringkat umur.

 

 

 

Tarikh   : 14 Ogos 2019

 

Masa    : 11.00 hingga 12.00 tengah hari

 

Lokasi   : Pusat Internet Merapok

 

Peserta : 5 orang

 

 

Tujuan

Memberi pendedahan dan kesedaran berkenaan mobile e-waste kepada komuniti.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan berkenaan objektif, kebaikan mobile e-waste dan kesan buruk yang terjadi jika peralatan elektronik seperti telefon pintar tidak dikitar semula.

 

 

Tarikh   : 6 September 2019

 

Masa    : 3.00 hingga 4.00 petang

 

Lokasi   : Pusat Internet Merapok

 

Peserta : 3 orang

 

 

Tujuan

Mempromosikan dan memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti kepada peserta

 

Aktiviti

Peserta diberi penerangan berkenaan cara penggunaan Dashboard Komuniti dan memuat turun aplikasi pada telefon peserta. Peserta yang berjaya memuat turun aplikasi mendapat baju Dashboard Komuniti.

 

 

Tarikh    : 18 Ogos 2019

 

Masa     : 10.00 hingga 12.00 tengah hari

 

Lokasi    : Pusat Internet Merapok

 

Peserta : 2 orang

 

 

Tujuan

Memberi tunjuk ajar dan perkongsian idea pemasaran serta cara membuat pau Cadbury

 

Aktiviti

Peserta yang menghadiri kelas membuat pau Cadbury yang dipelajari secara atas talian. Perkongsian berkenaan idea pemasaran dan tutorial cara menyediakannya bersama peserta yang juga merupakan peniaga.