Tarikh   : 17 May 2019

 

Masa    : 2.30 hingga 4.30 petang

 

Lokasi   : Bilik Latihan ICT Pusat Internet Merapok

 

Peserta : 6 orang

 

 

Tujuan

Kelas DIY membuat sampul duit raya sempena perayaan yang tidak lama di samping menyerlahkan kreativiti peserta. 

 

Aktiviti

Peserta membuat sampul duit raya mengikut kreativiti masing-masing sambil dibimbing oleh petugas.

 

Tarikh    : 8 Mei 2019

 

Masa     : 2.00 hingga 5.00 petang 

 

Lokasi    : Pusat Internet Merapok

 

Peserta : 6 orang

 

 

Tujuan

Memberi kemudahan dan tempat kepada pelajar-pelajar kelas peperiksaan membuat aktiviti berkaitan pembelajaran.

 

Aktiviti

Pelajar tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR menggunakan PI sebagai tempat untuk membuat pelbagai aktiviti berkaitan pembelajaran seperti membuat ulangkaji, tugasan berkumpulan, dan kerja rumah. 

 

 

 

Tarikh   : 20 April 2019

 

Masa    : 9.00 hingga 12.00 tengah hari

 

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Sindumin

 

Peserta : 15 orang

 

 

Tujuan

Perkongsian pelbagai ilmu pemasaran perniagaan, strategi perniagaan dan pelbagai lagi perkara berkaitan bidang keusahawanan bersama pengasas produk "Fuzzo Perfume"

 

Aktiviti

Seramai 15 orang peserta telah menyertai kelas bersama Encik Muhd Fauzi Jusni yang berasal daripada Ulu Sipitang, Sabah iaitu pengasas produk Fuzzo Perfume. Pelbagai ilmu berkaitan bidang keusahawanan telah dikongsikan sepanjang sesi selama tiga jam.

 

 

 

Tarikh   : 3 Mei 2019

 

Masa    : 9.00 hingga 4.00 petang

 

Lokasi   : Bilik Latihan ICT Pusat Internet Merapok

 

Peserta : 7 orang

 

 

Tujuan

Membolehkan pelajar menggunakan kemudahan Pusat Internet untuk membuat aktiviti berkaitan pembelajaran.

 

Aktiviti

Pelajar membuat ulangkaji matapelajaran matematik menggunakan kuiz dan latih tubi yang diakses secara atas talian. Pelajar juga diperkenalkan dengan pelbagai laman web yang boleh digunakan untuk membuat lebih banyak latihan dan kuiz yang berguna untuk membuat ulangkaji.

 

 

Tarikh   : 13 April 2019

 

Masa    : 9.00 hingga 11.00 pagi

 

Lokasi   : Pusat Internet Merapok

 

Peserta : 1 orang

 

 

Tujuan

Menambahbaik kemahiran menggunakan Microsoft Word dan mempelajari cara mengubah format dokumen menggunakan "online converter".

 

Aktiviti

Pelajar mempelajari asas format dan layout pada Microsoft Words serta cara mengubah format dokumen daripada pdf kepada words bertujuan untuk memudahkan proses mengedit borang.