Tarikh   : 2 Julai 2019

 

Masa    : 10.00 hingga 1.00 petang

 

Lokasi   : Perpustakaan Desa Kampung Banting

 

 

Tujuan

Mengadakan kerjasama dan mengeratkan hubungan dengan agensi-agensi yang pernah terlibat dengan program yang pernah diadakan sebelum ini di samping mempromosikan serta memperkenalkan Pusat Internet kepada komuniti. 

 

Aktiviti

Jamuan juadah hari raya serta pelbagai aktiviti dan pertandingan yang melibatkan komuniti dan agensi-agensi jemputan telah dijalankan bagi memeriahkan program.

 

 

Tarikh   : 22 Jun 2019

 

Masa    : 11.00 hingga 12.00 tengah hari

 

Lokasi   : Bilik Latihan Pusat Internet Merapok

 

Peserta : 9 orang

 

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada pelbagai jenis jenayah siber dan cara mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah siber.

 

Aktiviti

Sesi soal jawab dan perkongsian berkenaan jenayah siber dan perkara yang perlu dilakukan apabila berhadapan dengan penjenayah siber. Peserta menjawab kuiz bagi meningkatkan pemahaman.

 

 

Tarikh   : 16 Jun 2019

 

Masa    : 10.00  hingga 12.00 tengah hari

 

Lokasi   : Bilik Latihan ICT Pusat Internet Merapok

 

Peserta : 19 orang

 

 

Tujuan

Mengajar setiap langkah yang diperlukan untuk membuat akaun emel serta memberi memberi pendedahan berkenaan kelebihan dan keburukan internet. 

 

Aktiviti

PI Merapok telah menjalankan kerjasama dengan Sekolah Kebangsaan Merapok bagi mengajar pelajar Tahun Lima membuat akaun emel sendiri. Pelajar yang turut serta juga diberi pendedahan berkenaan keburukan dan kelebihan internet.

 

 

Tarikh   : 21 Jun 2019

 

Masa    : 2.00 hingga 4.00 petang

 

Lokasi   : Bilik Latihan Pusat Internet Merapok

 

Peserta : 5 orang

 

 

Tujuan

Memberi pengenalan cara asas penggunaan Microsoft Office Publisher.

 

Aktiviti

Seramai lima orang pelajar tahap 1 telah mempelajari asas penggunaan Microsoft office Publisher dengan cara membuat kad ucapan yang ringkas.

 

 

Tujuan

Memberi bimbingan langkah-langkah membuat permohonan Jawatan Kosong di Yayasan Sarawak.

 

Aktiviti

Petugas menunjukkan langkah-langkah membuat permohonan jawatan kosong buat kali pertama dan menerangkan cara mengetahui keputusan permohonan tersebut.