Tarikh   : 15 Febuari 2020

 

Masa    : 2.00 hingga 4.00 petang

 

Lokasi  : Bilik Latihan ICT Pusat Internet Merapok

 

Peserta : 5 orang

 

 

 

Tujuan

Mengajar asas penggunaan Microsoft Office Words merangkumi cara menggunakan ciri-ciri Microsoft Words dan cara membuat artikel yang mudah.

 

Aktiviti

Pelajar mempelajari asas Microsoft Words termasuk cara menaip, cara memasukkan gambar, clip art dan sebagainya.

 

 

 

Tarikh   : 23 Januari 2020

 

Masa    : 9.00 pagi

 

Lokasi  : Pusat Internet Merapok

 

Peserta : 1 orang

 

 

Tujuan

Memberi bimbingan cara penggunaan Microsoft Words untuk membuat tugasan sekolah.

                                                                                                       

Aktiviti

Pelajar diajar cara penggunaan asas Microsoft Words dan bimbingan cara membuat tugasan berpandukan arahan yang diberikan pada tugasan. Pelajar juga belajar ciri lain pada Microsoft Word seperti cara mencetak dan mengubah tetapan pada cetakan.

 

 

Tarikh   : 18 Januari 2020

 

Masa    : 10.00 pagi

 

Lokasi  : Pusat Internet Merapok

 

Peserta : 4 orang

 

 

Tujuan

Memberi pengenalan kepada peralatan-peralatan komputer dan meningkatkan kewaspadaan dalam penggunaan internet serta media sosial.

 

Aktiviti

Pelajar menjawab soalan kuiz berkenaan pengenalan peralatann komputer dan Klik Dengan Bijak menggunakan aplikasi Kahoot yang menarik dan interaktif.

 

 

Tarikh   : 18 Januari 2020

 

Masa    : 2.00 petang

 

Lokasi  : Bilik Latihan ICT Pusat Internet Merapok

 

Peserta : 6 orang

 

 

Tujuan

Belajar cara menaip menggunakan teknik yang betul menggunakan aplikasi permainan pendidikan Typetastic!

                                                                                                

Aktiviti

Pelajar diberi penerangan cara menggunakan aplikasi TypeTastic dan membuat latihan mengikut unit yang ditetapkan bagi memastikan pelajar dapat menguasai teknik menaip yang betul. Pada akhir pembelajaran, kemahiran menaip pelajar semakin baik dan dapat menaip dengan lebih pantas.

 

 

Tarikh   : 28 Disember 2019

 

Masa    : 7.00 pagi hingga 4.00 petang

 

Lokasi  : Pusat Internet Merapok, Kampung Bangkatan, Dewan Kampung Bangkatan, dan Padang Sekolah SK Merapok

 

 

Tujuan

Melestarikan PI sebagai pusat ICT dan kesihatan, mengeratkan kerjasama antara PI dengan komuniti, agensi, dan NGO untuk mewujudkan komuniti sihat. Mewujudkan komuniti yang mesra ICT dan teknologi.

 

Aktiviti

Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah dijalankan iaitu berjalan 1000 langkah sepanjang jalan masuk ke Kampung Bangkatan Merapok, sukaneka, kelas keusahawanan belajar dekorasi kek dan perkongsian tips pemasaran, ceramah kesedaran berkenaan Rabies, kuiz kesihatan online, pertandingan membuat artikel, pertandingan menganyam ketupat, pertandingan memancing, dan pertandingan motosikal lambat. Program kali ini merupakan kolaborasi bersama Komuniti Rukun Tetangga Kampung Bangkatan Merapok.

 

 

Gambar seterusnya di sini