Tarikh    : 28 Febuari 2019

 

Masa     : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

 

Lokasi    : Pusat Latihan Islam Malaysia ( Kampus Lawas)

 

Peserta : 31 orang

 

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta cara penggunaan Microsoft Office Excel dalam kerja-kerja pentadbiran pejabat sekaligus meningkatkan kemahiran penjawat awam dalam penggunaan Microsoft Office Excel.

 

Aktiviti

Seramai 31 orang peserta telah menghadiri kursus ini. Peserta yang terdiri daripada penjawat awam dari 11 Jabatan Kerajaan di Daerah Lawas telah diajar cara penggunaan Microsoft Excel oleh tenaga pengajar yang terdiri daripada Petugas Pusat Internet Daerah Lawas.

 

 

 

Tarikh   : 16 Febuari 2019 

 

Masa    : 10.00 hingga 12.00 tengah hari

 

Lokasi   : Bilik Latihan ICT Pusat Internet Merapok

 

Peserta : 7 orang

 

 

Tujuan

Memperkenalkan permainan berasaskan pendidikan sebagai alternatif mengurangkan penggunaan gadget dan pendedahan internet yang berlebihan dalam kalangan peserta.

 

Aktiviti

Pelbagai permainan seperti scrabble dan catur digunakan dalam aktiviti ini.

 

Tarikh   : 10 Febuari 2019

 

Masa    : 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari 

 

Lokasi   : Pusat Internet Merapok

 

Peserta : 86 orang

 

 

Tujuan

Memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti sihat, eratkan kerjasama PI dengan komuniti kampung, agensi, JKKK, dan NGO untuk mewujudkan komuniti sihat, dan mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih

 

Aktiviti

Pelbagai aktiviti bertemakan kesihatan telah dijalankan. Aktiviti pertama yang telah dijalankan seawal jam 7.00 pagi adalah aktiviti berjalan kaki 1000 langkah sepanjang. Aktiviti utama adalah pertandingan memasak masakan sihat berpasangan. Terdapat juga aktiviti lain seperti kuiz kesihatan online, saringan kesihatan oleh KOSPEN, cabutan nama bertuah pengunjung, dan penyampaian hadiah kepada dua pemenang pertandingan Dashboard Komuniti peringkat Sarawak

 

 

Tarikh    : 16 Febuari 2019

 

Masa     : 2.00 hingga 4.00 petang

 

Lokasi   : Bilik Latihan ICT Pusat Internet Merapok

 

Peserta : 5 orang

 

 

Tujuan

Mengajar cara membuat dan mendaftar akaun baru emel.

 

Aktiviti

Peserta diajar setiap langkah cara membuat emel, menghantar dan menerima emel, serta pelbagai lagi ciri lain di dalam emel.

 

 

 

 

 

Tarikh   : 19 Januari 2019

 

Masa    : 2.30 hingga 5.30 petang

 

Lokasi  : Bilik Latihan ICT Pusat Internet Merapok

 

Peserta : 15 orang

 

 

Tujuan

Meningkatkan kerjasama dengan usahawan tempatan dan menjadi salah satu platform untuk membantu usahawan yang terdiri daripada suri rumah mempromosikan perniagaan dan membantu meningkatkan pendapatan mereka.

 

Aktiviti

Pelbagai aktiviti seperti demonstrasi solekan menggunakan produk Tupperware, mempromosikan produk keluaran terkini, cabutan bertuah, serta demonstrasi membuat aiskrim menggunakan produk Tupperware.