Tarikh   : 9 Disember 2018

 

Masa    : 8.00 pagi hingga 1.00 petang

 

Lokasi   : Pusat Internet Merapok & Dewan Kampung                             Bangkatan, Merapok

 

Peserta : 91 orang

 

 

Tujuan

Memperkenalkan pusat internet sebagai tempat menyediakan pelbagai kemudahan kepada komuniti,  mengeratkan kerjasama dengan komuniti, agensi terlibat serta ahli jawatankuasa kampung. Seterusnya, untuk mewujudkan komuniti mesra ict dan teknologi.

 

Aktiviti

Seramai 91 orang pengunjung telah menghadiri Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Merapok. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti, Pertandingan Kuiz Online Klik Dengan Bijak, Kuiz Dashboard Komuniti, pertandingan masakan sihat, booth agensi jemputan, pertandingan burung murai baru dan aktiviti wajib seperti pendaftaran ahli percuma dan muat turun aplikasi Dashboard Komuniti.

 

 

Tarikh   : 8 Disember 2018

 

Masa    : 1.00 hingga 2.00 petang

 

Lokasi  : Bilik Latihan ICT Pusat Internet Merapok

 

Peserta : 9 orang

 

 

Tujuan

Memberi kesedaran berkenaan kewaspadaan penggunaan internet dan media sosial

 

Aktiviti

Kuiz online berdasarkan soalan tentang cara penggunaan internet dan media sosial yang betul

 

Tarikh   : 10 November 2018

 

Masa    : 7.00 pagi hingga 1.00 petang

 

Lokasi   : Perpustakaan Desa RPR Kampung Banting, Lawas

 

 

Tujuan

Kolaborasi dengan pelbagai agensi ini dapat mempromosikan dan memperkenalkan PI dalam kalangan masyarakat di samping menarik komuniti untuk melibatkan diri dalam aktiviti dan program anjuran Pusat Internet.

 

Aktiviti

Pelbagai aktiviti bertemakan kesihatan telah berlangsung seperti tarian kecergasan, pertandingan mewarna dan teka silang kata bertema kesihatan, pertandingan masakan sihat, dan booth agensi jemputan termasuk AVON, Pertubuhan Dalam Komuniti, Majlis Amanah Rakyat, dan Ar-Rahnu Yapeim Cawangan Lawas.

 

Tarikh    : 17 November 2018

 

Masa     : 10.00 hingga 1.00 petang

 

Lokasi    : Bilik Latihan ICT PI Merapok

 

Peserta : 6 orang

 

 

Tujuan

Mengajar Microsoft Office Words tahap yang lebih sukar untuk memberi panduan menyiapkan tugasan bagi peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah

 

Aktiviti

Seramai enam orang pelajar Tingkatan Lima mengikuti kelas Microsoft Office Advance dibimbing oleh petugas.

 

 

Tarikh   : 8 November 2018

 

Masa    : 2.30 hingga 5.00 petang

 

Lokasi  : Bilik Latihan Pusat Internet Merapok

 

Peserta : 7 orang

 

 

Tujuan

Memberi peluang kepada usahawan tempatan untuk mempromosikan produk mereka.

 

Aktiviti

Penerangan berkenaan produk dan promosi yang sedang dijalankan serta tutorial cara mengunakan produk DYXY.