Tarikh   : 30 Julai 2023

 

Masa   : 9.00 – 4.00 petang

 

Lokasi : PEDi Merapok

 

Peserta : 5 orang

 

 

Tujuan

Melatih dan membimbing peserta tentang teknik dan penyampaian terbaik untuk menjadi Emcee (Master of Ceremony) bagi sesuatu majlis.

 

Aktiviti

Peserta didedahkan tentang cara persediaan dan persiapan sebelum menjadi Emcee dan diajar tentang kualiti "Engaging & Effective Emcee". Peserta mengikuti sesi latihan modul/praktikal yang disediakan dan seterusnya diikuti dengan kelas asas menulis skrip Emcee pada pukul 2 hingga 4 petang.

 

WhatsApp-Image-2023-07-30-at-3.56.57-PM 

 

 

Tarikh : 29 Julai 2023

 

Masa   : 10.00 – 1.00 petang

 

Lokasi : PEDi Merapok

 

Peserta : 11 orang

 

 

Tujuan

Membimbing peserta celik E-Tuisyen dalam menggunakan aplikasi pembelajaran secara dalam digital dan secara fizikal.

 

Aktiviti

Melatih peserta celik E-Tuisyen dalam menggunakan aplikasi Zoom agar peserta lebih arif menggunakannya semasa kelas E-Tuisyen. Petugas juga mengadakan sesi mengulang kaji pelajaran dan perbincangan bersama peserta untuk menguatkan lagi pemahaman mereka tentang apa yang mereka pelajari semasa mengikuti kelas E-Tuisyen.

 

 

WhatsApp-Image-2023-07-30-at-11.41.03-AM  WhatsApp-Image-2023-07-30-at-11.41.04-AM  

 

 

 

Tarikh : 15 Julai 2023

 

Masa   : 10.00 – 11.00 AM

 

Lokasi : PEDi Merapok

 

Peserta : 14 orang

 

 

 

Tujuan

Memberikan pendedahan tentang cara menghasilkan grafik dan animasi ringkas menggunakan kod tertentu.

 

Aktiviti

Petugas menunjukkan tayangan video kepada peserta tentang cara menghasilkan grafik animasi menggunakan kod yang ditaip pada 'keyboard'. Peserta seterusnya dilatih menaip kod dalam Microsoft Word dan membentuk rangkaian grafik animasi mengikut kreativiti masing-masing.

 

WhatsApp-Image-2023-07-18-at-4.30.45-PM WhatsApp-Image-2023-07-18-at-4.30.47-PM 

 

Tarikh : 16 Julai 2023

 

Masa   : 11.00 – 1.00 petang

 

Lokasi : PEDi Merapok

 

Peserta : 1 orang

 

 

Tujuan

Membantu dan memberi tunjuk ajar kepada peserta yang menjalani pertandingan Eurasian Spelling Bee.

 

Aktiviti

Mengajar cara penggunaan aplikasi Zoom dan memastikan peserta dapat mengikuti pertandingan dengan baik dan lancar sehingga tamat.

 

WhatsApp-Image-2023-07-18-at-4.30.46-PM-1

 

 

Tarikh   : 14  Julai 2023

 

Masa    : 2.30 – 3.30 petang

 

Lokasi  : PEDi Merapok

 

Peserta : 4 orang

 

 

 

Tujuan

Memberikan latihan penggunaan Multimedia dan latihan ICT kepada peserta dalam penghasilan animasi dan komik secara pendigitalan.

 

 

Aktiviti

Petugas memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada peserta tentang cara menghasilkan komik digital menggunakan aplikasi Canva. Peserta diajar tentang cara menjadikan komik lebih kreatif dan menarik dengan memilih elemen grafik dan animasi yang sesuai serta memasukkan audio dalam rekaan komik tersebut.

 

 

  WhatsApp-Image-2023-07-18-at-4.27.15-PM  WhatsApp-Image-2023-07-18-at-4.27.16-PM