Tarikh : 22 Jun 2023

 

Masa   : 3 – 4 petang

 

Lokasi : PEDi Merapok

 

Peserta : 5 orang

 

 

Tujuan

Sebagai aktiviti untuk mengisi masa lapang kanak-kanak dan menenangkan minda mereka. Aktiviti ini juga dapat meningkatkan daya tumpuan kanak-kanak dan seterusnya menggalakkan mereka untuk berfikir dengan lebih kreatif ketika mewarna.

Aktiviti

Peserta diberikan kertas mewarna yang bertemakan Hari Raya Aidiladha sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba. Peserta diarahkan untuk mewarnakan kertas dengan kreativiti masing-masing. Peserta yang mewarna dengan cantik dan kreatif diberikan hadiah sebagai token penghargaan.

 

WhatsApp-Image-2023-06-23-at-9.22.35-AM-1

 

 

Tarikh : 22 Jun 2023

 

Masa   : 11 pagi – 12 petang

 

Lokasi : PEDi Merapok

 

Peserta : 5 orang

 

 

Tujuan

Memberi pendedahan tentang skil, teknik dan persediaan untuk menghadapi temuduga bagi memasuki alam pekerjaan.

 

Aktiviti

Peserta mengikuti kelas temuduga secara dalam talian yang diajar oleh staff MSD. Petugas memantau dan memastikan agar kelas berjalan dengan lancar dan tiada masalah teknikal berlaku demi keselesaan peserta.

 

WhatsApp-Image-2023-06-23-at-9.22.36-AM  WhatsApp-Image-2023-06-23-at-9.22.35-AM

 

 

 

 

Tarikh : 20 Jun 2023

 

Masa   : 11 AM – 12 PM

 

Lokasi : PEDi Merapok

 

Peserta : 1 orang

 

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta tentang cara menghasilkan resume yang menarik dan berkualiti untuk memasuki alam pekerjaan.

 

Aktiviti

Trainer mengajar peserta tentang cara menyediakan resume yang menarik menggunakan Microsoft Office dan aplikasi digital yang lain dengan menyerlahkan isi kandungan dan maklumat yang relevan kepada organisasi.

 

WhatsApp-Image-2023-06-20-at-2.59.03-PM  WhatsApp-Image-2023-06-20-at-2.59.03-PM-2

 

Tarikh : 18 Jun 2023

 

Masa   : 10 – 12 petang

 

Lokasi : PEDi Merapok

 

Peserta : 3 orang

 

 

Tujuan

Memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada pelajar STPM untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.

 

Aktiviti

Petugas memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelajar STPM tentang cara mencari sumber rujukan dan maklumat yang sahih melalui laman web internet. Pelajar dinasihatkan supaya tidak mengambil rujukan dari mana-mana blog atau artikel dari media sosial kerana dikhuatiri kandungannya yang tidak sahih. Petugas menyarankan pelajar agar menggunakan aplikasi Google Scholar dan memberitahu pelajar cara mengenal pasti laman web yang boleh dipercayai. Sebagai contoh, laman web yang berakhir dengan .edu atau .gov biasanya cukup boleh dipercayai.

 

 

WhatsApp-Image-2023-06-23-at-9.23.25-AM

 

Tarikh : 19 Jun 2023

 

Masa   : 1.30 – 3.30 petang

 

Lokasi : PEDi Merapok

 

Peserta : 19 orang

 

 

Tujuan

Memberi pemeriksaan mata secara percuma terbuka untuk semua penduduk kampung dari segenap lapisan umur dan secara tidak langsung dapat memberi pendedahan kepada komuniti tentang kemudahan yang ada di PEDi.

 

Aktiviti

Pengunjung menjalankan pemeriksaan mata mengikut giliran masing-masing dan petugas sentiasa memastikan program berjalan lancar untuk keselesaan dan kesenangan pengunjung.

 

WhatsApp-Image-2023-06-20-at-2.58.45-PM-1  WhatsApp-Image-2023-06-20-at-2.58.45-PM-2  WhatsApp-Image-2023-06-20-at-2.58.46-PM-2  WhatsApp-Image-2023-06-20-at-2.58.47-PM-1