Tarikh  : 29 hingga 30 November 2017

Masa   : 29 November (12.00 hingga 5.00 petang) 30 November ( 8.00 hingga 1.00 petang)

Lokasi  : PI1M Merapok, Dewan Kampung Bangkatan Merapok, Padang SK Merapok

 

 

Tujuan

 

Hari terbuka ini diadakan bagi memperkenalkan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di PI1M Merapok kepada komuniti setempat selain menarik lebih ramai komuniti menjadi ahli dan terlibat dalam aktiviti anjuran PI1M. Disamping itu, program ini juga dijalankan bagi merapatkan hubungan dan membina hubungan baik antara petugas dan komuniti.

 

Aktiviti

 

Pelbagai aktiviti indoor dan outdoor telah dijalankan sepanjang dua hari program berlangsung dan mendapat sambutan amat menggalakkan dan di luar jangkaan daripada komuniti setempat. Antara program yang dijalankan adalah Eksplorace Klik Dengan Bijak, pertandingan memancing, bowling kelapa, pertandingan masakan sayur kampung, pertandingan gubahan bunga dari bahan terbuang, tarik tali, pertandingan motosikal lambat, serta pertandingan mewarna. Setiap pertandingan dibahagikan mengikut kategori. Pertandingan-pertandingan yang dianjurkan adalah berdasarkan perbincangan bersama Ahli Jawatankuasa Kampung dari kampung-kampung di Merapok. Pihak penganjur amat berterima kasih serta berbesar hati kerana Ahli Jawatankuasa yang terlibat telah memberikan sepenuhnya komitmen dan memberi kerjasama bagi menjayakan program ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh    : 12 November 2017

Masa     : 10.00 hingga 1.00 petang

Lokasi    : PI1M Merapok

Peserta : 8 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 8 orang peserta dan merupakan kelas mingguan. Kelas ini diadakan setiap hujung minggu dan dihadiri oleh suri rumah serta beberapa pelajar sekolah rendah. Kelas ini mengajar asas penggunaan komputer.

 

Aktiviti

Majoriti pelajar masih belum mempunyai asas dalam menggunakan komputer. Modul yang diajar bermula dari cara menggunakan perkakasan dan fungsi perkakasan seperti tetikus dan pengenalan fungsi perkakasan-perkakasan lain. Peserta juga diajar asas perisian yang mudah. Sesi soal jawab adalah terbuka sepanjang kelas dijalankan.

 

      Kelas dan Pertandingan menaip pantas telah diadakan pada 23 September 2017. Kelas ini mendedahkan peserta kepada Microsoft Office Words dan pertandingan menaip pantas dapat menarik lebih banyak penyertaan dalam kalangan ahli dan juga bukan ahli PI. 

 

Antara peserta yang menyertai kelas dan pertandingan

Pada 21 Oktober, PI Merapok dan PI Kampung Banting telah dijemput untuk membuka booth dan menaja pertandingan mewarna kanak-kanak Sempena Program Himpunan Usahawan AIM Cawangan Lawas tahun 2017. Program ini merupakan anjuran Amanah Ikhtiar Malaysia cawangan Lawas yang telah berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Dataran Taman Awam Lawas.

      PI Merapok dan PI Kampung Banting telah bekerjasama membuka booth dan menaja pertandingan mewarna bertemakan "Klik Dengan Bijak" yang disertai seramai 50 orang peserta iaitu anak-anak di kalangan ahli atau sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu sendiri. Diharap dengan adanya penyertaan PI dalam program ini dapat mempromosikan PI dan dimasa yang sama jua dapat merapatkan hubungan antara dua agensi diantara Pusat Internet dan Amanah Ikhtiar Malaysia.

   DSC00537

DSC00538

DSC00552

DSC00557

DSC00558

DSC00561

DSC00569

DSC00582

      Pada 16 September yang lalu, PI1M Merapok dan PI1M Kampung Banting telah dijemput untuk membuka booth Sempena Program Semarak Gemilang Blok Merapok AIM Cawangan Lawas tahun 2017. Program ini merupakan anjuran Amanah Ikhtiar Malaysia cawangan Merapok yang telah berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Dewan Patarikan, Merapok.

      PI1M Merapok dan PI1M Kampung Banting telah bekerjasama membuka booth sempena program tersebut yang bertujuan untuk mempromosikan PI1M  dalam kalangan ahli atau sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia(AIM) sekaligus turut serta dalam beberapa acara yang dianjurkan oleh AIM. Penyertaan PI1M dalam program ini diharap dapat merapatkan lagi hubungan antara dua agensi terutamanya antara petugas PI1M dan sahabat-sahabat AIM.

    PI1M turut mengambil peluang untuk membuka pendaftaran dan 10 pendaftar terawal telah diberikan cenderahati terdiri daripada goodies Dashboard Komuniti. Sambutan daripada sahabat-sahabat AIM amat menggalakkan dan kami telah mendapat respon yang menggalakkan daripada komuniti setempat.